TAQDIM

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Faathir ayat 29-30 yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terang, mereka mengharapkan sebuah perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Berdasarkan konsepsi firman Allah S.W.T di atas, jelaslah kepada kita bahawa betapa besarnya nilai dan ganjaran bagi mereka yang membaca Al Quran. Allah S.W.T menurunkan Al Quran adalah sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat. Segala peraturan dan perundangan hidup di dunia ini adalah tertakluk di dalam Al Quran yang merupakan mukjizat yang tetap kekal walaupun melalui perubahan zaman dan masa. Al Quran tetap relevan sebagai sumber rujukan utama dalam segenap aspek kehidupan. Mukjizat Al Quran ini tidak akan menjadi usang walaupun sudah 1400 tahun ianya diturunkan, malah dikurniakan ketenangan hati kepada si pembacanya serta ganjaran dan pahala yang berlipatganda


OBJEKTIF
  • Melahirkan masyarakat yang celik Al Quran yang bukan hanya sekadar pandai membaca malah mampu mengamalkannya.
  • Menanamkan semangat cintakan Islam dalam diri para pelajar.
  • Melahirkan generasi Al Quran yang berkeperibadian muslim sejati.
  • Melahirkan generasi muda yang berakhlak dan mempunyai fikrah islamiah.